Wednesday, 15 October 2014

PENYESUAIAN SOSIAL

REFLEKSI


Penyesuaian adalah proses adaptasi. Hal ini berlaku dalam pelbagai aspek seperti sikap, tingkah laku, hubungan dengan masyarakat dan cara kehidupan. Penyesuaian disini melibatkan perubahan kehidupan supaya dapat menyesuaikan dengan kehendak dan keperluan persekitaran. Penyesuaian merangkumi kehidupan di sesuatu tempat, budaya, situasi dan keadaan yang baharu. sosial adalah hubungan dan interaksi dalam sesuatu masyarakat dan keupayaan interaksi sesama mereka di dalam sesebuah komuniti seperti di IPG.

Dalam bab ini, saya belajar bagaiman untuk berinteraksi dan melakuakn penyesuaian sosial supaya tidak janggal kerana hidup dalam kelompok yang ramai. Secara tidak langsung, saya dapat meningkatkan komunikasi saya antara rakan-rakan, senior serta pensyarah di Institut Pendidikan Guru ini. 

Bab ini juga mengajar saya menjadi lebih matang. Hal ini demikian kerana, seseorang yang memiliki penyesuaian diri yang baik adalah seorang yang mampu merespon secara matang. Apabila komunikasi saya telah dapat ditingkatkan, maka cara saya berkomunikasi antara satu sama lain akan berbeza. bab ini agak merangsang saya untuk bergerak ke arah yang lebih porsitif :)

SIKAP TERHADAP PENTAKSIRAN

REFLEKSI

Dalam bab ini saya belajar bagaimana untuk melakukan pentaksiran dimana terdiri daripada pengukuran, pengujian dan penilaian. Penilaian adalah proses yang sistematik yang digunakan untuk mengumpul dan menganlisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang ditetapkan telah tercapai. Penilaian pada hakikatnya adalah bertujuan untuk memperbaiki atau mengenal pasti kelemahan seseorang individu. Maka disni saya telah belajar bagaiman untuk menilai dan untuk menetapkan matlam supaya penilaian pada akhir nanti mencapai matlamat seperti yang saya inginkan. 

Dalam bab ini juga membantu saya untuk mendidik diri agar sentiasa berusaha untuk membendung kelamahan dan berubah daripada kurang baik ke arah yang lebih baik. Serta membantu saya untuk menjadi proaktif menangani kelemahan yang ada.

SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN

REFLEKSI


Sistem pengurusan pembelajaran merupakan satu sistem yang digunakan untuk mengurus pembelajaran. Maka bersesuaianalah dengan status seorang pelajar untuk mengurus pembelajaran melalui internet. Tambahan lagi, saya masih baru dan masih lagi mentah. maka dengan adanya bab ini, saya dapat medidik diri untuk menggunakan internet ke arah kebaikan dan lebih bermanfaat seluruhnya. 

Disini, dapat saya katakan bahawa kolaborasi antara pengajar, pelajar dan bahan-bahan pembelajaran akan menjadi lebih mudah dengan adanya LMS ini. Secara tidak langsung, interaski antara pensyarah dan pelajar masih wujud walaupun sesi pembelajaran 'face to face' tidak ada. Dengan ini, pensyarah akan lebih mudah untuk menyampaikan maklumat yang ada dengan lebih cepat dan mudah.

Rumusannya, kemudahan yang ada seharusnya digunakan untuk kebaikan bersama.

APLIKASI PENGGUNAAN PERISIAN KOMPUTER


REFLEKSI


Komputer merupakan media elektronik yang mempunyai 1001 kebaikan buat kita pada harini. Melalui bab ini, saya telah memahami dengan lebih lanjut kegunaan komputer yang sebelum ini saya kurang mengetahui. Terdapat pelbagai aplikasi yang dapat saya gunakan untuk kebaikan. Secara tidak langsung, dapat menambah ilmu pengetahuan terhdapap sistem komputer dan tidaklah menjadi seperti 'BUTA IT'.

Saya juga telah belajar membuat blog. Hasilnya tercipat blog kisah cikgu ini. Blog ini direka dengan idea yang tersendiri dan mendapat bantuan daripada rakan rakan. Dengan adanya bab ini, saya tidak akan ketinggalan dan lebih memahami kegunaan komputer yang sebenarnya.

KEMAHIRAN MEMPROSES MAKLUMAT & PENYEDIAAN BAHAN BERTULIS


REFLEKSI

Dalam bab ini, saya telah belajar bagaimana menganalisis maklumat yang dikumpul. Maklumat yang saya peroleh saya haruslah analisi dan kenal pasti. maka untuk lebih mudah saya telah mendapat input yang baik daripada bab ini. Maka selepas ini, maklumat dalam pelbagai bentuk dapat saya anlisi dengan lebih mudah dengan adanya bab yang saya telah belajar ini. Contohnya saya tafsirkan dalam bentuk jadual, graf lengkung, graf bar, carta pai serta piktograf.

Kemudian hasil daripada anlisi tersebut, dengan lebih mudah saya dapat mentafsir dan membuat kesimpulan. Tafsiran ke atas bahan atau maklumat mahupun tafsiran ke atas teks. 

Contoh  tafsiran ke atas bahan atau maklumat


Mentafsir lakaran mengikut kefahaman tersendiri.

KEMAHIRAN MENGAMBIL DAN MEMBUAT NOTA

REFLEKSI



Melalui bab ini, saya telah belajar bagaimana untuk mengambil nota sewaktu saya belajar. Hal ini demikian kerana, nota yang ditulis sewaktu aktiviti PdP amat penting. Oleh hal yang demikian saya seharusnya  mempunyai kemhiran mencata nota. Tamabahan lagi, dengan adanya aktiviti mencata nota sewaktu PdP berjalan, saya akan lebih fokus dan mencatat apa yang penting serta mudah untuk saya ingat dan digunakan untuk ulangkaji. Pelbagai cara untuk membuat nota yang telah saya pelajari dan telah saya dipraktikkan. Hasilnya, nota yang saya ada lebih mudah difahami dan mudah dihafal.

Nota yang telah saya cipta sewaktu PdP berjalan adalah seperti berikut :













TEKNIK MEMBACA


PEMBACAAN CEPAT

Luncuran / skimming

imbasan / scanning




PEMBACAAN PERLAHAN


Teknik K-W-L-H

Know Want Learned How

Teknik SQ3R

Survey Question Read Recite Review

Kesimpulan dari bab ini, saya telah belajar bagaimana untuk menggunakan teknik pembacaan yang telah ada untuk disesuaikan dengan maklumat yang ingin saya peroleh dan ambil. Daripada pembacaan cepat yang saya dapat dikatan bahawa daripada pembacaan cepat ini, saya mendapat gambaran keseluruhan teks yang dibaca atau maklumat yang diperoleh adalah secara umum mahupun sekali pintas sahaja.

Daripada pembacaan perlahan pula saya dapat simpulkan bahawa teks yang dibaca dapat saya fahami secara mendalam. Hal ini sekaligus dapat menigkatkan daya ingatan ke atas topik yang saya baca kerana saya telah mebaca dengan lebih mendalam. Secara tidak langsung dapat membantu saya menghadapi peperiksaan kerana ingatan yang kuat diperlukan untuk menjawab soalan yang ada. 

Kedua-dua teknik mempunya kelebihan tersendiri tetapi harus bijak untuk menggunakan mengikut kehendak dan keperluan !