REFLEKSI
Dalam bab ini saya telah mempelajari bagaimana untuk mendapatkan maklumat. Hal ini demikian kerana, maklumat adalah sebagai input yang diproses secara kognitif dalam mengembangkan ilmu pengetahuan, Ilmu pengetahuan disini dapat menyelesaikan masalah dan membantu membuat keputusan. Hasil daripada ini, saya dapat mengaplikasi dalam kehidupan seharian iaitu haruslah adalah maklumat dalam menjalani kehidupan hari ini. Terutama sewaktu menghadapi masalah yang rumit.
Saya juga dapat menambah ilmu iaitu dengan mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber. Dalam menyiapkan tugasan saya tidak boleh bergantung pada satu sumber sahaja kerana maklumat yang saya perlu ada seharusnya tepat dan disokong ramai. Contohnya sumber manusia. Di sini melibatkan individu yang berilmu seperti guru, pakar bidang dan orang awam. Selain itu, sumber elektronik. Memandangkan dunia harini maklumat dapat diakses dengan lebih mudah melalui internet. Di samping itu, sumber daripada media bercetak dan media tiga dimensi.
Maklumat yang diperoleh juga dapat disimpan dengan lebih baik dengan adanya bab ini kerana mengajar saya untuk menyimpan maklumat yang ada dengan lebih selamat dan baik.
No comments:
Post a Comment