Wednesday, 15 October 2014

PENYESUAIAN SOSIAL

REFLEKSI


Penyesuaian adalah proses adaptasi. Hal ini berlaku dalam pelbagai aspek seperti sikap, tingkah laku, hubungan dengan masyarakat dan cara kehidupan. Penyesuaian disini melibatkan perubahan kehidupan supaya dapat menyesuaikan dengan kehendak dan keperluan persekitaran. Penyesuaian merangkumi kehidupan di sesuatu tempat, budaya, situasi dan keadaan yang baharu. sosial adalah hubungan dan interaksi dalam sesuatu masyarakat dan keupayaan interaksi sesama mereka di dalam sesebuah komuniti seperti di IPG.

Dalam bab ini, saya belajar bagaiman untuk berinteraksi dan melakuakn penyesuaian sosial supaya tidak janggal kerana hidup dalam kelompok yang ramai. Secara tidak langsung, saya dapat meningkatkan komunikasi saya antara rakan-rakan, senior serta pensyarah di Institut Pendidikan Guru ini. 

Bab ini juga mengajar saya menjadi lebih matang. Hal ini demikian kerana, seseorang yang memiliki penyesuaian diri yang baik adalah seorang yang mampu merespon secara matang. Apabila komunikasi saya telah dapat ditingkatkan, maka cara saya berkomunikasi antara satu sama lain akan berbeza. bab ini agak merangsang saya untuk bergerak ke arah yang lebih porsitif :)

No comments:

Post a Comment